Tentang Kami

Maklumat ringkas mengenai Sistem ePPAx
Image

Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu

Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) merupakan satu platform atas talian yang diwujudkan bertujuan untuk memudahkan proses permohonan penggajian pekerja asing oleh majikan merangkumi pelbagai jenis mekanisma pengambilan yang diputuskan oleh Kerajaan dari semasa ke semasa.

Sistem ini dibangunkan dengan hasrat untuk mengawal kelulusan penggajian pekerja asing dengan menitikberatkan elemen-elemen seperti pemalsuan dokumen permohonan, penipuan data/maklumat majikan dan pematuhan terhadap perburuhan menerusi integrasi pelbagai sistem.

Pembangunan sistem melibatkan kerjasama di antara Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kementerian Sumber Manusia (KSM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) serta agensi-agensi yang terlibat dalam pengurusan pekerja asing di Semenanjung Malaysia.

Sistem ini bermatlamat untuk menyediakan platform yang holistik dan menyeluruh bagi melengkapkan kitaran pengurusan pekerja asing di Malaysia meliputi fasa sebelum penggajian, semasa penggajian dan selepas penggajian. Sasaran pengguna utama adalah majikan swasta, Pegawai JTKSM, Pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Agensi Kawal Selia (AKS) bagi setiap sektor terlibat dalam penggajian pekerja asing.

Ringkasan Permohonan Pekerja Asing

Langkah